Ahad, 10 Julai 2011

kejam ke aku??

hem....hari ny aku nak cerita pasal aku je.. tak nak pasal lain..
tadi sempat aku terfikir kejam kah aku apabila tidak memaafkan orang lain..??
benda ny terdetik pada aku apabila sedang aku lepak dengan jiran aku tadi depan rumahnya.. dia memberi pendapat nya pada aku.. dia berkata kau tak maafkan orang sama je.. kalau kat akhirat nanti dia kena, kau pun akan kena.. benar kah itu?? aku tidak mahu sebegitu. Aku tidak mahu orang anggap aku kejam kerana aku rasa aku bukan seperti itu.... Ya Allah, beri lah aku perubahan..

maw brubah la..

Assalamualaikum semua nya.. hye guys..
semalaman aku memikirkan tentang sesuatu perkara.. aku memikir tentang diri aku. Aku telah memikirkan mengapa aku jadi macam ny?. Mengapa aku terlalu keras hati? Mengapa keadaan aku menjadi seperti ini? tak seperti aku yang dulu. Sekarang ny aku rasa aku lah orang yang paling keras hati dan pendendam. Susah memaafkan orang lain. kenapa, kenapa dan kenapa!!



Ya Allah hanya kau saja tempat aku memohon, buangkan lah sifat aku yang tak sepatutnya ada dalam diri ny. Jangan lah kau biarkan dendam ny semakin membara. Tenangkanlah hati aku ini. Berikanlah aku kesabaran yang kuat, ketabahan untuk aku tempuhi hari-hari yang datang dengan pelbagai dugaan dan cabaran duniawi. Kadang-kadang aku tak sanggup melihat diri aku yang semakin hari semakin tak menentu.. Ya Allah, aku juga memohon agar kau lindungi lah diriku dari segala bahaya, malapetaka dan orang-orang yang menganiaya dan berniat menganiaya diriku.. AMIN....